Tuesday, December 23, 2014

Folder Ringkasan 2015

Disertakan isi kandungan folder ringkasan untuk Sesi 2015 untuk guru-guru. KLIK SINI.


Tuesday, November 25, 2014

KEPUTUSAN UPSR 2014

Seorang pelajar telah berjaya mendapat 5A iaitu Eizah binti Radzi dan dua orang pelajar mendapat 4A1B iaitu Abdul Karim Zaidan bin Sansuri dan Nurmaisarah Qashrina binti Mohd Zainudin. Peratus kelulusan 70.9%. GPS 2.51. Tahniah diucapkan.


PERATUS  PENCAPAIAN MENGIKUT MATA PELAJARAN

BM PEMAHAMAN - 93.5%
BM PENULISAN - 90.3 %
BAHASA INGGERIS - 77.4 %
SAINS - 77.4%
MATEMATIK - 77.4%

TARIKH KEPUTUSAN UPSR 2014

Keputusan UPSR 2014 akan diumumkan pada 26 November 2014. Murid-murid boleh mengambil keputusan di sekolah mulai jam 11.00 pagi pada hari berkenaan. Sila berpakaian sopan.

FOLDER RINGKASAN

Mulai 2015, pihak sekolah menggunakan dua kaedah bagi menyediakan RPH. Guru-guru dibenarkan untuk menggunakan salah satu daripada kaedah berikut.

1. Penyediaan RPH menggunakan Buku Pengajaran dan Pembelajaran (dapatkan di pejabat).

2. Penyediaan RPH menggunakan Folder. KLIK SINI


Rekod Pengajaran dan Pembelajaran





Folder


CUTI UMUM 2015



TAKWIM PERSEKOLAHAN 2015



TARIKH-TARIKH MESYUARAT SESI 2015

Untuk Makluman Dan Tindakan

1. Mesyuarat Guru 1/2015 - 26 Disember 2014
2. Mesyuarat Kurikulum 1/2015 - 29 Disember 2014
3. Mesyuarat HEM 1/2015 - 30 Disember 2014
4. Mesyuarat Kokurikulum 1/2015 - 31 Disember 2015
5. Pembayaran Keperluan Sekolah 2015 - 02 Januari 2015

Saturday, November 22, 2014

SELAMAT BERCUTI AKHIR TAHUN 2014




Cuti akhir tahun sesi persekolahan 2014  akan  bermula 23 November 2014 sehingga 04 Januari 2015. Sesi persekolahan 2015 akan bermula pada 05 Januari 2014. Diingatkan kepada semua murid-murid, agar sentiasa mengulangkaji pelajaran semasa musim cuti ini. Selamat bercuti dan jumpa lagi pada 2015. 


Wednesday, September 24, 2014

SAMBUTAN HARI SUSU SEKOLAH SEDUNIA

Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia telah disambut pada 24 September 2014. Tujuan majlis ini ialah untuk menyambut Hari Susu Sekolah Sedunia yang disambut serentak seluruh dunia pada 24 September pada setiap tahun. Pada tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama pembekal susu melakar sejarah dalam Malaysia Books of Records sebagai acara minuman susu secara serentak yang akan melibatklan 1.2 juta murid sekolah. Bagi peringkat Kebangsaan telah diadakan di SK Sg. Kapar Indah, Klang, Selangor. Ucapan perasmian akan dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia.